BANGUNAN DAN KEMUDAHAN


Shah Rizan Nasution Bin Husni

DPH201924449 ( DPIH 4B )

Program Pengurusan Industri Halal

( Semester 4 )


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Di laman ini, saya akan berkongsi tentang pengenalan Bangunan Dan Kemudahan Syarikat BrowniesMuslim yang terletak di Mid Valley. 







2.0 Bangunan Dan Kemudahan

2.1 Pelan Lokasi Kilang

BrowniesMuslim, 2nd Floor
Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

No Telefon : 03-8891-4088
No Fax : 03-8981-3901

https://maps.app.goo.gl/zpqw5R1FtSdrXqpP

2.2 Pelan Susun Atur Kilang
2.3 Peralatan Dan Perkakasan 
2.3.1 Objektif
Objektif Peralatan dan Perkakasan digunakan dalam syarikat BrowniesMuslim harus sentiasa dijaga dengan rapi dan baik agar terhindar dari pencemaran produk yang betlaku dalam proses pembuatan ataupun selepas pembuatan.

2.3.2 Skop
Semua Peralatan yang digunakan 

2.3.3 Tanggungjawab
• Pengarah operasi
• Semua pekerja

2.3.4 Prosedur

• Peralatan yang digunakan dalam keadaan baik dari segi bentuk/pemasangan/ dan mudah untuk dibersihkan.

• Peralatan yang rosak perlu dibuang dan tidak digunakan agar tidak berlaku pencampuran komponen Peralatan yang rosak itu.

• Peralatan yang digunakan harus tidak mempunyai unsur dari Bahan yang bertoksik dan berisiko kepada bahan mentah.

• Alat pengadunan brownies perlu sentiasa diselenggara dan dibersihkan setiap masa.

• Perkakasan tidak boleh diletakkan di tempat yang kotor.

• Peralatan perlu dibersihkan Dan disimpan di tempat yang tinggi dari aras kaki.

2.3.5 Rekod

 Prosedur Pembersihan Dan Penyelenggaraan
• Rekod Penyelenggaraan/Kalibrasi Dan Sanitasi Peralatan

Rekod Penyelenggaraan/Kalibrasi Dan Sanitasi Peralatan
Diperiksa : Muhammad Arif Bin Akmal
                     ( Unit Kawalan Kualiti )

Disemak : Ahmad Luqman Bin Muhd Isyraf
                    ( Eksekutif Halal )


2.4 Bekalan Air/Ais/Stim
2.4.1 Objektif

Memastikan punca Bekalan Air/Ais/Stim didapati dari sumber yang selamat dan tidak mencemarkan produk.

2.4.2 Skop

Bekalan Air/Ais/Stim yang digunakan sewaktu proses pembuatan Makanan.

2.4.3 Tanggungjawab
• Pengarah operasi
• Bahagian Penyelenggaraan
• Semua pekerja

2.4.4 Prosedur
Menggunakan sumber air yang selamat

• Memastikan sumber air yang digunakan dilindungi dengan penutup agar terhindar dari pencemaran.

• Stim dari sumber yang selamat.

• Jika sumber air bukan daripada JBA, maka proses analisis
bagi kualiti air mesti dilakukan serta direkodkan

• Memastikan sumber air mencukupi 

2.4.5 Rekod

Rekod analisa Keselamatan makanan dan kualiti air ( Jika air bukan dari JBA ) Dan pencemaran air.

Jadual Analisa Keselamatan dan kualiti air ( bergantung kepada jenis produk )
#Jenis Analisa boleh ditambah melalui kekeruhan, warna air, TDS ( Total Dissolved Solid ), mikrobiologi ( E-Coli, Koliform, Faecal Coliform). Ujian mikrobiologi boleh dijalankan dengan menghantar sampel ke makmal luar yang diakredikasi oleh kementerian kesihatan Malaysia Sekurang-kurangnya 1( Satu ) Bulan sekali.

2.5 Keperluan Am Premis

2.5.1 Objektif 
Memastikan keperluan dan kemudahan premis memenuhi keperluan mesti.

2.5.2 Skop
Infrastruktur dan segala kemudahan yang terdapat di dalam premis

2.5.3 Tanggungjawab
• Pengarah operasi
• Semua pekerja

2.5.4 Prosedur
Keperluan Premis adalah seperti berikut;

Ruang Pemprosesan 
• Bahagian ruang Pemprosesan tidak boleh terdiri daripada apa-apa bahan yang bertoksik dan diperbuat dari kaca. Hal ini kerana untuk menjaga Keselamatan pekerja dan perlu dipastikan permukaan ruang Pemprosesan sama ada dinding atau lantai adalah mudah dicuci Dan diselenggara.

Sinki Mencuci Tangan
• Sinki harus Menggunakan Sinki bebas tangan( free hand ) untuk mengelakkan penggunaan tangan pada pemegang paip sinki.

• Memiliki prosedur 7 langkah mencuci tangan daripada hasil slide ( beserta video). 

• Mempunyai alat pengering tangan dan tisu yang berdekatan dengan sinki.

• Sinki perlu disediakan dengan kemudahan sabun dan Sanitasi supaya tangan pekerja sentiasa bersih semasa bekerja.

Tandas
• Tandas dalam keadaan bersih, tidak rosak dan tidak berbau.

• Sumber air yang digunakan harus sentiasa bersih.

• Kemudahan seperti sinki beserta sabun, tisu, sanitasi dan pengering tangan mesti disediakan dan digunakan apabila keluar dari tandas.

• Pintu laluan masuk ke tandas mesti sentiasa tertutup dan tidak terdedah kepada ruangan lain.

• Jadual Pembersihan tandas dibuat agar keadaan tandas sentiasa dijaga dan bersih.

Bilik/Ruang Persalinan
• Bilik Persalinan perlu dipastikan dalam keadaan bersih dan tidak bersepah.

• Pekerja yang makan dan minum dalam ruang persalinan akan didenda oleh pengurus operasi.

• Pekerja tidak boleh meninggalkan barangan sesuka hati seperti kasut,pakaian dan sebagainya di dalam bilik Persalinan selepas waktu tamat bekerja.

Stor Penyimpanan
• Keadaan setor perlu sentiasa dalam keadaan yang baik.

• Sentiasa merekod kemasukan bahan mentah ke dalam setor.

• Produk yang disimpan di dalam setor perlu disimpan dalam suhu yang bersesuaian.

• Barang-barang dalam setor mesti disusun rapi agar memudahkan aktiviti merekod dan pembersihan setor.

• Barangan yang bukan terdiri daripada bahan makanan mesti disimpan berasingan dengan bahan mentah( Makanan ).

• Setor perlu mempunyai sistem pengudaraan yang lancar dan tidak memiliki habuk.

Lantai
• Jadual Pembersihan Lantai dilakukan agar keadaan lantai sentiasa terjaga dan bersih dari kotoran.

• Menyelenggara lantai sekiranya berlubang dan retak.

• Permukaan lantai terjaga dan rata akan menghindari lantai daripada air bertakung.

Dinding/Siling/Kipas/Tingkap Dan Pintu
• Menyelenggara Dinding/Kipas/Tingkap Dan Pintu sekiranya mengalami masaalah.

• Aktiviti Pembersihan mengikut jadual dilakukan untuk menjaga keadaan premis.

• Keadaan Dinding/Siling/Kipas/Tingkap Dan Pintu akan dipastikan bersih dan tidak memiliki habuk.

Lampu
• Aktiviti pencucian lampu harus dilakukan ( rujuk jadual )

• Pencahayaan lampu yang cerah dalam premis dan tidak berhabuk.

Saliran/Longkang
• Pekerja yang meludah ke dalam longkang premis akan didenda.

• Saliran longkang yang bersih dan tidak tersumbat.

• Pembersihan longkang mengikut jadual dilakukan agar kebersihan longkang terjaga.

2.5.5 Rekod
• Prosedur pencucian dan sanitasi
• Rekod pembersihan am

2.6 Kawalan Mahkluk Perosak 
2.6.1 Objektif
Mengurangkan populasi mahluk perosak di dalam premis dan memastikan kawalan mahluk perosak tetap terjaga.

2.6.2 Skop
Seluruh kawasan premis termasuk ruang Pemprosesan dan ruang persalinan.

2.6.3 Tanggungjawab
• Pengurus operasi
• Pembantu pengurus operasi

2.6.4 Prosedur
• Pekerja perlu membuang air bertakung bagi mengelakkan pembiakan nyamuk di premis.

• Menutup rapat lubang atau rekahan di dinding/lantai dan pintu bagi mengelakkan kemasukan anai-anai/semut/lipas dan tikus.

• Bahan mentah pembuatan brownies hendaklah disimpan atas aras kaki dan jauh dari lantai agar tidak dihinggapi mahluk perosak.

• Penggunaan racun tidak boleh digunakan di dalam ruang Pemprosesan kerana mampu menjejaskan Keselamatan produk.

• Mengawal kawalan mahluk perosak sekerap mungkin agar terhindar dari kehadiran mahluk perosak.

2.6.5 Rekod
• Rekod kawalan mahluk perosak

Rekod kawalan mahkluk perosak










Comments

Popular posts from this blog

PROFIL SYARIKAT DAN POLISI PENGURUSAN KESELAMATAN MAKANAN

KAWALAN PENGANGKUTAN DAN PEREDARAN

PENGENDALI MAKANAN